SHIPPING WORLDWIDE • INSTALMENT PAYMENT USING SHOPBACK, GRABPAY & ATOME!
IVY Dompet Inovasi (Versi Bahasa Melayu) by dr.mizahdothis – PDF Pattern
Dompet inovasi IVY adalah rekaan yang sangat sesuai bagi sesiapa sahaja, baik yang baru menceburi kemahiran jahitan mahupun sudah lama. Hasil IVY nanti akan menjadikan pengurusan tunai lebih mudah. Idea rekaan dr.mizahdothis. Pola PDF boleh dimuat turun.
RM 29.00
Discounted domestic shipping from RM199*
Top quality & authentic
Earn points for every purchase
Product Information
Availability | |
---|---|
Brand | |
Project Type | |
Skill / Level | |
Language (File) | Malay |
Sama ada perbelanjaan dengan bajet bulanan, mahupun aliran tunai perniagaan kecil-kecilan. Uruskannya dengan lebih teratur dengan dompet inovasi IVY. Lakukannya sendiri dan boleh dijadikan sebagai dompet, masukkan ke beg membeli belah dan bawa ke mana saja anda pergi.
Dompet praktikal ini adalah projek pendek menggunakan apa-apa saja fabrik dengan keluasan fat-quarter. Ia boleh disiapkan dalam tempoh kurang 3 jam, bergantung kepada kepakaran jahitan masing-masing. Jangan risau jika merasakan bucu melengkung pada dompet adalah cabarannya. Ada disediakan alat pelengkung bucu dengan 3 saiz jejari berbeza yang disertakan di dalam tutorial. Cetaklah!
Rasa kurang berkenan dengan versi menegak? Dengan pembelian tutorial ini, pola dompet dengan versi melintang adalah percuma. Jangan ragu-ragu untuk mencuba ya.
Bahan Yang Diperlukan
- Satu fat quarter lebar 44″ – kain luar
- Satu fat quarter lebar 44″ – kain dalam (belacu)
- 3/4 ela kain lapik bergam (CS 5530)
- 1/2″ butang besi snap
- 1/2 ela tali cotton
- Satu helai A4 plastic untuk label tab
- Satu ½” D-ring dan ½” lobster hook (tidak diwajibkan)
- Gam fabrik
Ukuran Produk Siap
Tinggi 6″ x Lebar 3 ½” x Kedalaman 1 ½”
Tahap Kemahiran Jahitan
Bagi yang baru mula belajar menjahit, anda digalakkan untuk menjahit projek ini. Ia hanya memerlukan jahitan garis lurus dan sedikit fokus pada beberapa langkah untuk menjahit IVY dengan kemas.
Muat Turun Segera
Pola (cetak sendiri) ini boleh dimuat turun segera sebaik sahaja pembayaran anda selesai diproses. Pautan muat turun akan dihantar ke e-mel yang digunakan semasa membuat pembelian anda. Semak folder spam / junk anda jika anda mesej pautan tiada dalam peti masuk anda.
Jahit & Jual
Produk IVY yang siap dibuat boleh dijual di kedai online anda sendiri, butik tempatan, pameran kraf, dan lain-lain. Pengeluaran berskala kecil sahaja. Pengeluaran secara besar-besaran adalah dilarang sama sekali. Sila berikan kredit rekaan kepada dr.mizahdothis dalam bentuk keterangan tertulis.
Polisi
Pola TIDAK boleh diterbitkan semula, dikongsi atau diedarkan tanpa kebenaran.
dr.mizahdothis
Questions and Answers
You are not logged in
Guaranteed delightful fabric and goods
Unleash your creativity with our fabrics, notions, and patterns
Welcome to Shambijoux, your one-stop destination for all things sewing! Dive into a world of creativity and possibilities with our curated selection of premium fabrics, sewing notions, and patterns. Whether you're a seasoned sewist or just starting out, we've got everything you need to bring your vision to life. Shop now and let your creativity soar!